10
September

“PENGURUSAN BERSAMA: MEMPROMOSI AMALAN BAIK DALAM PENGURUSAN SUMBER DI SARAWAK”
(CO-MANAGEMENT: PROMOTING GOOD PRACTICE IN MANAGEMENT OF RESOURCES IN SARAWAK)

Tarikh:  19 SEPTEMBER 2009 (SABTU)
Tempat: TELANG USAN HOTEL, KUCHING, SARAWAK

Anjuran bersama:-
JKKK PUSAT KROKONG
SARAWAK DAYAK GRADUATES ASSOCIATION (SDGA)
JARINGAN ORANG ASAL SEMALAYSIA (JOAS)
COMMUNITY-BASED NATURAL RESOURCES MANAGEMENT (CBNRM)

Sarawak merupakan sebuah negeri yang masih kaya dengan sumber-sumber hutan dan sumber alam yang masih lagi terpelihara dengan baik. Biarpun ada sebilangannya yang tidak terjaga, namun, dengan adanya undang-undang yang ada kita masih lagi dapat menjaga sumber yang ada ini dengan baik. Adalah amat penting bagi kita sebagai penduduk atau komuniti tahu akan kepentingan sumber ini dan sama-sama berusaha mengekalkannya dengan baik.

Dalam usaha pihak Badan Bukan Kerajaan (NGOs), terutamanya dari pihak Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), melalui projek yang sedang dijalankan ini, ia telah memberikan kita satu pendekatan atau suatu paradigma baru tentang bagaimana untuk menjaga atau mengekalkan mutu atau kualiti hutan daripada diceroboh orang luar melalui kerjasam yang dijalankan diantara komuniti dengan pihak kerajaan. Ini merupakan satu usaha yang baik dan di samping itu ia juga dapat membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan tanggungkawap di dalam mengurus sumber-sumber yang ada di dalam hutan terutamnya di dalam kawasan hutan lindung.

Sehubungan itu, Seminar JOAS-CBNRM Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 19 September, 2009 di Telang Usan Hotel, Kuching, Sarawak dengan tema “Pengurusan Bersama: Mempromosi Amalan Baik dalam Pengurusan Sumber di Sarawak”.

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini

Category : Uncategorized

No comments yet.

Leave a comment

Our Activities
DSCN0259.JPG image027.jpg DSCN2884.JPG tq-dinner-1.jpg
Get the Flash Player to see the slideshow.