13
August

Sebagai usaha untuk menggalakkan pendidikan sepanjang hayat di kalangan warga bekerja terutamanya sektor awam di Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ingin menjemput permohonan kemasukan ke program Diploma Eksekutif (Swa-akreditasi) bagi Ambilan Oktober 2012. Permohonan bagi Ambilan Oktober 2012 ini telahpun dibuka mulai 8 Julai yang lalu sehingga 21 September 2012 nanti.  Berbeza daripada ambilan sebelum ini, empat (4) daripada sebelas (11) program yang ditawarkan oleh pihak UMCCed telah mendapat pengiktirafan akreditasi oleh Universiti Malaya (UM) melalui status swaakreditasi yang dianugerahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada April 2010. 

Berikut adalah (4) program Diploma Eksekutif yang diktiraf bagi Ambilan Oktober 2012:

  1. Diploma Eksekutif Pengurusan (Operasi dan Pentadbiran)
  2. Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)
  3. Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)
  4. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak

Untuk makluman semua pihak, penawaran program pembangunan kerjaya di peringkat Diploma Eksekutif UM melalui UMCCed adalah merupakan salah satu pilihan kepada semua golongan bekerja khususnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa meninggalkan komitmen kerja seharian. Program Diploma Eksekutif (Swa-akreditasi) yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut: 

KELEBIHAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF (SWA-AKREDITASI) :

  1. Semua aktiviti perkuliahan diadakan pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad).
  2. Pakej yuran amat kompetitif, tiada kos terlindung dan boleh dibayar secara ansuran.  
  3. Pemohon yang mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan mempunyai kelebihan mendapat pengecualian 30 % daripada 90 jam kredit seperti mana yang telah ditetapkan untuk sesuatu program diploma.
  4. Tempoh pengajian adalah lebih pendek iaitu hanya dua (2) tahun berbanding tiga (3) tahun bagi program diploma yang biasa. 
  5. Berdasarkan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Diploma Eksekutif yang telah diakreditasi ini diletakkan di Tahap 4 iaitu setaraf dengan diploma.
  6. Perkuliahan dikendalikan oleh pensyarah berkelayakan daripada pelbagai fakulti di Universiti Malaya serta universiti luar dan juga khidmat golongan profesional dan berpengalaman dalam industri yang berkaitan.
  7. Setiap pelajar diberi akses kepada semua kemudahan di UM.
  8. Pelajar akan dianugerahkan diploma masing-masing pada Majlis Penyampaian Sijil & Diploma Eksekutif gilang-gemilang di Universiti Malaya.
  9. Kaedah pengajaran & pembelajaran yang interaktif dengan fasiliti yang kondusif dan eksklusif.

Sehubungan dengan itu, pihak UMCCed dengan berbesar hati ingin menjemput kepada mana-mana calon yang berminat untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai struktur perjalanan program Ambilan Oktober 2012 ini pada sesi taklimat khas yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 08 September 2012 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Blok B,  Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya

(sila lengkapkan slip kehadiran preview yang dilampirkan dan fakskan semula kepada kami di talian 03- 2617 3185 sebelum 5 September 2012, tempat adalah terhad). Oleh itu, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaysia (UMCCed) amat berharap dan memohon kerjasama semua pihak untuk membantu menyebarkan maklumat ini kepada semua kakitangan di organisasi tuan / puan sama ada menerusi laman web, emel atau mana-mana media yang bersesuaian dalam usaha kita untuk mempromosikan pendidikan sepanjang hayat. Bersama-sama ini disertakan

dan banner Ambilan Oktober 2012 untuk perhatian pihak tuan/puan.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berhubung program yang ditawarkan, sila hubungi pegawai kami di talian 03-2617 3188 /3187 /3186 /3114 /3184 atau layari laman web kami di http://www.umcced.edu.my/

Kerjasama, sokongan serta perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  Universiti Malaya (UM) sekali lagi mengalu-alukan permohonan anda semua.

Terima kasih.

SDGA bagi pihak:
Shamsul Adzhar Mat Baki
Eksekutif KananBahagian Pembangunan  Perniagaan & Pengurusan KorporatPusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)Aras 3, Blok A, Kompleks Kampus Kota Universiti MalayaJalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur 
Tel:      03-2617 3184 (Pej)
HP:      012-524 7207
Emel:  shamsul_adzhar@um.edu.my
myWeb:  http://www.umcced.edu.my/

 

Category : Press

No comments yet.

Leave a comment

Our Activities
DSCN0220.JPG fji-10.jpg 2014_AGM_040.jpg mawan-2.jpg
Get the Flash Player to see the slideshow.