Motivational Program

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI DAN KLINIK UPSR MURID TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH DI KAWASAN SUAI, NIAH

Thursday, 3 October 2019

Pada 23 Ogos 2019 yang lepas, SDGA Bintulu dengan kerjasama SK Kpg Iran, Sk Suai1, SK Sg. Sebatu, SK Kpg. Tegageng dan SK Rh. Goyang telah mengadakan Program Ceramah Motivasi dan Klinik UPSR.

Program tersebut dianjurkan di SK Kpg. Iran dan dihadiri oleh 122 orang murid tahun 6 dari 5 buah sekolah tersebut yang menduduki UPSR tahun ini.

Turut menyertai program pada kali ini adalah pihak dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu yang menyampaikan maklumat kepada para ibubapa murid tentang program-program pengajian yang ditawarkan oleh ADTEC Bintulu. Ini adalah kerana pemilihan program yang tepat adalah satu perkara penting bagi memastikan kebolehpasaran seseorang lepasan sekolah atau graduan.

Sementara itu, ibubapa juga turut diberikan sesi ceramah khas memandangkan penglibatan aktif ibu bapa adalah sangat penting bagi melahirkan murid yang cemerlang bukan saja dari segi pencapaian akademik bahkan dari segi sahsiah diri.

Ucapan khas terima kasih ditujukan kepada YB Majang Renggi (ADUN N70 Samalaju) yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program tersebut serta masa dan kehadirannya untuk pelancaran program. Juga tidak lupa semua ahli jawatankuasa, pihak dari ADTEC, pihak sekolah, guru-guru, ibubapa dan murid-muridyang sama-sama memastikan program tersebut satu sukses.